ThE bROcCOLI's HAir

My photo
A full time of Bachelor of Applied Language Studies (Honours) Malay Language for Professional Communication at Universiti Teknologi MARA.Aku dibesarkan dlm famili yang sederhana dimana ayahku mendidik supaya berusaha utk mendapatkan sesuatu.susah payah untuk mendapatkan sesuatu mengajar ak untuk terus,terus,dan terus berusaha...biar x dapat pon..kematian ibu mse kecilku membuatku untuk terus tabah..dan sekarang ak dah 20 tahun..sepanjang 20 tahun ak hidup di bumi ALLAH SWT..disitulah kisahku bermula..insan yang bernama Amin Ja'afar..

Tuesday 14 February 2012

Serious ni: Kemajuan bandaraya KT, Rakyat yang dapat akibat?

Assalamualaikum kepada wahai pembaca blog dan pengunjung Malaysia di tahun 2012 dan pertengahan febuari yang awesome ini  :D

Aku memang malas sangat nak update sal blog ni..entah tak tahu kenape.so untuk entry kali ini tetiba hati aku terdetik untuk share sesuatu dgn korang pasal ape yang terjadi di tempat kelahiran aku sekarang KUALA TERENGGANU.Dalam banyak2 entry *sebenarnye x banyak pon:P tak ade satu pon entry aku pasal something perbincangan serious.Memang aku teringin nak buat tapi MALAS!!.tetibe lak aku terbukak satu blog kawan aku ni menbincangkan pasal kemajuan mencekik..aku tertarik dengan hujah2 spontan yang diberikan oleh beliau.sila klik kat sini kat blog beliau http://riffzam.blogspot.com/.so aku pon ade sesuatu nak share disini.Actually agak lame aku nak kata tapi x tahu nak cakap di saluran yang mane..so aku rase disini amat tepat.


Memang tak dinafikan pembangunan amat penting tapi ia seharusnya selari dengan kehendak rakyat.Jika kehendak rakyat diabaikan adakah itu namenye PEMBANGUNAN dimata pemimpin.Semenjak akhir2 ini kita dapat lihat macam2 pembangunan sane-sini di kuala terengganu dan seluruh daerah.Dari kemaman hingga Besut macam2 projek baru masuk.Sebagai anak jati Terengganu aku berbangga dengan kemajuan ini tapi semua projek yang masuk ke negeri Terengganu ni mcn terkena SUMPAHAN.Kenape??sebagai contoh projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 yang merupakan nadi kemasukan pelaburan ke negeri terengganu entah bile dapat siap..terbaru LPT2 tuh dapat digunakan oleh org awam pada 2013..sampai bila lagi kami nak menunggu.Aku pon x tahu kenape semua projek yang dijalankan di terengganu semuanye menjadi gajah putih*bukan semua la..Rasuah?..kikis duit rakyat atau duit tuh x mendapat saluran yang betul?perhaps..




Kuala Terengganu city center(KTCC) 




Macam2 projek besar yang sedang dan bakal dilaksanakan di Kuala terengganu.Tapi persoalanye,adakah semua projek ini mampu dibuat dan memberikan untung kepada rakyat?fikirlah sendiri.Ini antara projeknye:

1. KT Sentral
2. KTCC
3. Jambatan Kuala Nerus, Jambatan Pulau Sekati
4. Nak Buat Bangunan 18 tgkat MBKT 
5. Nak Buat Rumah Pangsa di Padang Hiliran
6. Nak buat Parking Bertingkat ( 5 Tingkat)berhampiran Wisma Darul Iman
7. Nak buat Dataran Darul Iman ( Tapak Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah)
8. Nak buat Shopping Mall ( Paya Bunga Square)
9. Nak besarkan Jalan KT-Tepuh
10. Nak besarkan Pekan Tepuh
11. Nak Buat Hospital Jantung Terengganu
12. Nak buat Rumah Pangsa di Seberang Takir
13. Nak Naikkan Taraf Pasar Payang supaya Moden
14. Nak Majukan Kg Ladang, Lorong Jamil
15. Nak banyakkan Hotel2 di bandar KT
16. Nak ujudkan Bandar Baru Bukit Besar
17.Nak adakan Kabel Car di Tasik Kenyir
18. Nak ujudkan Stesen Bas Berpusat
19. Nak buat Fly Over di Bulatan Batu 6
20 Nak buat Fly Over gak di Persimpangan Jln KB-KT
21. Nak Buat Rumah Mampu Milik (apartment) di Sepanjang Kg Tanjung Kapur
22. Nak Buat Menara Pelancongan 20 Tingkat di Sebelah Astaka


Tapi yang aku tengok, bila aku meninjau2 Bandar KT ape yang aku dapati dari senarai no 1 ke nom 22, satu pun tad ada. Kata orang Habuk pun tarak.*cuti 5 bulan ehehheeheheh :p
So zamang bila lagi KT nak maju niiii.sape x nak tgk negeri kita x maju..mesti nak kan?tgk kelantan bandar KB..jangan cakap.. lebih maju dan hebat berbanding bandar kuantan dan KT amnya.



aku berbangga dengan projek ini tapi adakah projek ini revelan dengan kehendak rakyat??






Tengok org cina dan org putih yang untung..nasib melayu terengganu??



Kuala terengganu tahun 2015..tercapai ke??



Akhir kalam,kepada sesiapa tak suka dengan penulisan aku kali ni..rilek la..ini just pendapat aku..aku tak menunding jari dan salah sape2..Ape yang aku concern adalah nasib bangsa aku..salah ke??ok peace !!.Aku x memihak kepada mane2..ini hanyalah sebuah pendapat..okay PENDAPAT!!ehhehehehehehe...:)Yang buruk datang dari aku sendiri yang baik tuh datang dari Sang Pencipta ALLAH SWT..

No comments:

Post a Comment